Lactul (Lactal Solution)

Lactul adalah ubat preskripsi yang digunakan melalui mulut atau rektum untuk merawat atau mencegah komplikasi penyakit hati (“hepatic encephalopathy”). Ia tidak menyembuhkan masalah, tetapi boleh membantu memperbaiki status mental. Lactul berfungsi dengan mengurangkan jumlah ammonia dalam darah. Lactul adalah gula sintetik yang digunakan untuk merawat sembelit. Ia dipecahkan dalam usus besar menjadi produk yang menarik air keluar dari badan dan masuk ke usus besar. Air ini melembutkan najis yang membantu mengurangkan sembelit. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan lactulose. Lactul boleh diambil dengan atau tanpa makanan. Selain itu, ubat ini boleh diambil dengan makanan untuk mengurangkan ketidakselesaan gastrousus. Ubat ini juga boleh dicairkan dengan air, susu, atau jus buah untuk menyedapkan rasa. Ambil dos terlepas sebaik sahaja anda mengingatnya. Walaubagaimanapun, jika sudah hampir masanya untuk dos seterusnya, langkau dos terlepas dan teruskan jadual dos biasa anda. Jangan ambil dos berganda. Sekiranya masalah sembelit bertambah buruk dan disertai dengan gejala lain, anda harus berjumpa dengan doktor anda secepat yang mungkin.