Pendarahan Awal Kehamilan (Bleeding In Early Pregnancy)

Kebanyakan pendarahan awal kehamilan menandakan sesuatu yang tidak baik tetapi anda tidak perlu risau kerana anda boleh dapatkan pertolongan daripada doktor dengan segera seterusnya mendapat rawatan yang sempurna. Antara punca yang selalu dikaitkan dengan pendarahan awal kehamilan ialah keguguran, kehamilan ektopik dan kehamilan molar. Pendarahan boleh berlaku pada mana-mana peringkat kehamilan, dan kadang-kadang ia adalah perkara biasa pada trimester pertama. Adalah penting untuk wanita ingat bahawa ia tidak semestinya tanda bagi sesuatu yang teruk. Walaubagaimanapun, pendarahan pada trimester kedua dan ketiga boleh membawa kepada komplikasi kehamilan. Mana-mana pendarahan awal kehamilan masih perlu disiasat. Jika anda mula mengalami pendarahan pada awal kehamilan, berjumpalah doktor pakar wanita atau bidan anda dengan segera. Tidak ada cara lain untuk menghentikan pendarahan semasa kehamilan, jadi anda perlu berehat. Beristirehat, jangan mengangkat benda berat atau melakukan senaman berat, dan berhenti sementara daripada melakukan hubungan seksual, kurangkan penggunaan tampon atau ‘douching’. Minum banyak air dan cuba untuk mengelakkan dehidrasi. Sentiasa mengira bilangan pad yang digunakan dan jika pendarahan awal kehamilan semakin meningkat atau berkurangan.